Say hi to everyone .

Wednesday, 11 June 2014

Manusia Biasa

Manusia tidak pernah lari daripada membuat kesalahan tetapi perlukah sesuatu kesalahan itu diulang berulang kali with the same person and same problem? Kenapa harus berbuat baik sedangkan kau mentertawakan diriku dengan rakan-rakanmu. Siapa kau untuk mengkritik, menghina, dan berkata buruk mengenai diriku? Seriously, aku mengaku kau seorang yang baik dari aspek pergaulan dan pertuturan tetapi amatlah rugi kalau engkau rosakkan imej kau dengan kata-kata buruk mengenai diriku daripada percakapanmu itu. Berkecai hancur hatiku apabila aku tahu mengenai hal itu tetapi aku masih dapat bertahan dan seperti biasa aku akan cuba elakkan diriku dari masalah itu kerana sesungguhnya aku tidak menyangka sehingga begitu sekali kau sanggup membuat diriku sebagai gurauan rakan-rakanmu. Kalau kau kata aku buruk tetapi sayangnya buruk lagi sikap kau yang hipokrit mengatakan yang baik-baik saja di depan ku malahan aku tidak memerlukan pujian se"hipokrit" itu. Thanks friend, aku mintak maaf jika aku pernah membuat dosa terhadap dirimu.